Sutera adalah material natural bermanfaat untuk nilai kesihatan dan kecantikan. Pengalaman menghadapi psoriasis hampir 20 tahun lalu membawa kepada pemahaman bagaimana penggunaan sutera dapat meredakannya.
Memakai sutera pada kulit membantu mencantikkan kulit dan membantu merawat masalah kulit. Ia juga mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari, mengelakkan kulit menjadi kering, malah ianya begitu selesa dipakai di dalam apa sahaja cuaca kerana ia berkemampuan untuk menyeimbangi suhu mengikut keperluan kulit anda. Ianya sungguh ringan, mudah dijaga. Dua helai Kynsilk facemask boleh melitupi keseluruhan wajah. Anda akan teruja apabila mendapati anda begitu mudah bernafas dengannya yang menjadikan ianya begitu sesuai dipakai ketika tidur sebagai rutin penjagaan kecantikan kulit di kala anda sedang diulit mimpi indah. Ucapkan selamat pagi dengan senyuman kepada kulit anda esok hari!
Tali Kynsilk beauty mask direka dengan gabungan earloop dan headloop. Ianya sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang membolehkan mask tergantung di leher semasa mask dibuka bagi mengelakkan jatuh atau hilang. Sekiranya anda lebih suka menggunakan extender anda sendiri atau tidak memerlukan sebarang extender, gelung extender sedia pada Kynsilk beauty mask boleh dipisahkan dari gelung earloop di kiri dan kanan mask.
Bukan hanya Saffron Terapi Holistik telah dapat menghasilkan beauty mask dari material sutera, beberapa produk dari fabrik sutera yang lain turut telah dihasilkan seperti bonnet, tuala dan tudung. Penghasilan produk-produk relevan akan ditambah dari masa ke masa.
Comments